Isnin, 15 Mac 2010

Bolehkah aku tanggung kos hidup ini?

Beberapa hari lalu saya dan isteri ke sebuah pasar hyper di Kajang. Saya dan keluarga biasanya membeli barang keperluan dapur secara mingguan. Saya lebih suka ke pasar hyper kerana kebanyakkan barang boleh diperolehi di sana dengan harga yang berpatutan. Di samping itu kita boleh memilih barang dengan keadaan yang selesa di samping parkir kereta lebih mudah dan menyenangkan.Saya tidak suka membeli belah dalam keadaan kelam kabut dan suasana hiruk pikuk.

Namun tidak semua benda dapat diperolehi di pasar hyper dan itu saya akan dapatkan di pasar Kajang.Saya suka ke pasar Kajang kerana kepelbagaian barangan jualan. Kalau nak cari ulam dan sayur kampong di situlah tempatnya.Tak perlu ke pasar borong Serdang atau ke Chow Kit. Keadaan pasarnya bersih dan tidak becak macam kebanyakkan pasar lain.Sebulan sekali, semua peniaga akan menutup gerai bagi membolehkan pasar dibersihkan sepenuhnya.

Apa yang mengejutkan saya apabila ke pasar hyper tadi ialah ketika membayar. Saya rasa kali ini saya memilih barang yang biasa dan kuantiti yang sama. Saya tersentak kerana bilnya hampir RM450 iaitu naik hampir RM100. Saya berbisek dengan isteri saya “banyakkah barang yang kita beli?” “Benda biasa aje,dan ada yang tak dibeli pun” jawabnya. Wah ini sudah meningkat 30 peratus lantas fikiran ini melayang kepada memikirkan bagaimana agaknya mereka yang berpendapatan rendah hendak menghadapi keadaan ini?

Saya membelek kembali senarai barangan yang dibeli. Harga roti, susu,ikan,sayur,buah-buahan telah meningkat.Bahkan hampir semua barangan yang siap proses telah naik harganya. Saya bandingkan harga di pasar Kajang,pun begitu juga. Hampir kesemua ikan,udang,ketam telah naik 20 ke 30 peratus. Wah kalau terus-terusan begini, majoriti rakyat Malaysia akan ditimpa mala petaka. Terutamanya yang kerja makan gaji sama ada dengan kerajaan ataupun swasta. Pekerja kilang dan swasta sudah lama menderita dengan kadar upah yang tidak berubah. Sedangkan harga barangan,wow! Sudah melambung-lambung.Kalau anak seorang bolehlah.Tapi kalau anak ada 5,6 atau lebih di tambah pula sedang bersekolah,mampus dibuatnya.

Sambil memandu pulang saya berbisik kepada isteri saya, agaknya bila anak-anak kita berkeluarga nanti, berapa pula yang mereka mesti bayar untuk barangan yang sama?

Apa pula akan berlaku bila GST dilaksanakan oleh kerajaan?

Jumaat, 12 Februari 2010

Apa nak jadi?

Saya tertanya-tanya,kita di zaman apa?

Beli kapal selam,tak boleh menyelam.
Beli kapal terbang,tak boleh terbang.
Beli bas,tak boleh bawa penumpang.
Pasang fiber optik,tak boleh guna.
Bina stadium,runtuh.
Beli kapal perang,kapal perang hilang.
Beli EMU terpakai,harga macam jet pejuang.
Tukar bahasa,bahasa rosak,pelajar tidak juga pandai.
Beli komputer,proses kerja macam zaman tok kaduk juga.
Ada polis,penyangak ramai juga.
Ada SPRM, rasuah makin bermaharalela.
Ada hakim,orang bukit lebik saksama.
Menteri kata 1Malaysia,pegawainya kata bukan Melayu pendatang belaka.

Hmmmm!Teringat lagu Tan Sri S M Salim; Apa nak jadi?!

Rabu, 10 Februari 2010

Tuduhan Anwar Meliwat Saiful

Pihak pendakwa membuat tuduhan bahawa Anwar memasukkan zakarnya ke dalam dubur Saiful. Persoalannya,bagaimana pihak pendakwaraya ingin membuktikan bahawa Anwar benar-benar telah memasukkan zakarnya ke dubur Saiful?Pihak pendakwaraya terpaksa menunjukkan tanpa keraguan yang munasabah bahawa perkara itu memang berlaku.Pihak pendakwaraya hanya ada dua pilihan iaitu mencari saksi yang boleh mengesahkan Anwar telah meliwat Saiful dan bukti-bukti kukuh yang perbuatan itu betul-betul berlaku.Bolehkah mereka mendapat saksi yang mengesahkan perkara itu?Sedangkan kita semua telah mengetahui bahawa doktor dari Pusrawi dan HKL telah mengesahkan bahawa dubur Saiful tiada tanda-tanda penetrasi yang boleh disifatkan dengan liwat.Dan sehingga saat ini tidak ada orang yang tampil membuat pengakuan telah melihat perbuatan tersebut.Jadi bagaimana Anwar boleh disabitkan dengan kesalahan tersebut?

Jadi nampaknya pihak pendakwaraya terpaksa membawa bukti lain.Setakat ini,pendakwaraya membawa bukti kononnya terdapat air mani Anwar yang di ambil dari dubur Saiful.Soalnya,bolehkah dan bagaimanakah air mani Anwar boleh berada dalam dubur Saiful kalau doktor sudah mengesahkan bahawa penetrasi tidak berlaku.Tiada penetrasi maka tiada liwat berlaku.Jadi nampaknya,sekiranya air mani terdapat dalam dubur Saiful pasti ia telah dimasukkan dengan cara yang lain.Apakah cara-caranya?Kita biasa mendengar kaedah permanian beradas yang selalu digunakan terhadap haiwan untuk pembiakan.Mugkin ini kaedah yang telah digunakan.Persoalan lanjut ialah siapakah yang memasukkannya ke dalam dubur Saiful?Mungkinkah Anwar sendiri.Tapi untuk apa Anwar buat begitu?Saiful bukan boleh mengandung dan melahirkan anak. Jadi proposisi ini adalah mustahil dan tak munasabah.Jadi nampaknya yang lebih munasabah ialah pihak yang ingin menjatuhkan maruah Anwar Ibrahim itulah yang lebih berkemungkinan melakukan perkara itu.

Kita kena ingat, selain dari Anwar memang terdapat orang atau badan lain yang mempunyai sampel semen dan air mani Anwar.Mungkinkah, pihak yang ingin mendakwa Anwar telah mendapatkan sampel dari punca tersebut dan kemudian memasukkan ke dalam dubur Saiful?Dan kalau enjin kapal terbang boleh hilang,kapal perang di laut pun boleh hilang,rekod imigresen boleh hilang, Bala boleh hilang,tidak mustahil sampel itu juga telah diambil untuk tujuan tersebut.Mustahilkah? Malaysia boleh!

Disamping itu,bolehkah pendakwaraya membuktikan bahawa air mani itu sebenarnya air mani Anwar dan usianya masih baru!Kita akan sambung pada siri akan datang.